Hujan lebat, ribut petir dijangka landa 8 negeri sehingga 8 malam

0
388

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda lapan negeri dan beberapa kawasan sekitarnya sehingga jam 8 malam ini.

Berdasarkan amaran yang disiarkan pada jam 2.55 petang tadi, beberapa negeri dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 6 petang ini.

Negeri yang terlibat ialah Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong), Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu) dan Sabah (Pedalaman: Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan manakala Pantai Barat: Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).

Sementara itu, beberapa kawasan di Sarawak dijangka dilanda cuaca yang sama sehingga jam 8 malam ini. 

Kawasan terbabit ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Miri dan Marudi dan Limbang.

Selain itu, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sabah bermula 25 Januari 2022 sehingga 26 Januari 2022.

Kawasan yang terlibat ialah Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Oleh itu, penduduk di negeri dan kawasan yang dijangka terlibat diingatkan supaya berhati-hati terutamanya ketika memandu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here