KPM menyuraikan murid, guru ke sekolah berhampiran SK Assumption

0
592

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat ketetapan untuk menyuraikan murid dan guru ke sekolah lain yang berhampiran ekoran pengosongan tapak Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. 

KPM menerusi satu kenyataan pada Isnin berkata, terdapat sekolah berdekatan yang dapat menampung murid dari SK Assumption dalam jarak antara 0.35 km hingga 5.8 km seperti SK Kuala Perai, Butterworth; SK Sungai Nyior; SK St. Mark, Butterworth; SK Khir Johari, Perai; SK St Mark, Perai.

“Penyuraian ini dapat meningkatkan kecekapan penggunaan sumber melalui agihan semula 15 orang guru dan 2 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ke sekolah lain. 

KPM telah memohon penangguhan pengosongan bangunan dan tapak sekolah sehingga tamat Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 pada bulan Mac 2022,” kata KPM menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, KPM juga akan membantu memudah cara urusan kemasukan murid ke sekolah baharu pilihan ibu bapa bagi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023. 

SK Assumption merupakan sekolah bantuan kerajaan yang beroperasi di bangunan dan tapak sekolah yang dimiliki oleh Syarikat Sri Avenue Sdn. Bhd. sejak tahun 2008. 

Pada 3 November 2021, syarikat berkenaan telah memaklumkan bahawa telah menerima tawaran pembelian bangunan dan tapak sekolah daripada pihak ketiga. 

Sehubungan dengan itu menurut KPM, pihak syarikat memohon supaya KPM mengosongkan bangunan dan tapak sekolah tersebut dengan secepat mungkin. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here