Aliff Aziz juara GV8

0
440

Menepati ramalan awal, penyanyi Aliff Aziz diangkat sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pada Ahad.

Aliff yang memberikan persembahan terbaik berjaya mengetepikan lima lagi finalis lain sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 dan trofi.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Nikki Palikat dan tempat ketiga pula dimiliki oleh Suki Low yang masing-masing membawa menerima RM50,000 dan RM30,000 berserta trofi.

Manakala Adibah Nor pula hanya berpuas hati ditempat keempat diikuti dengan Azan Scan dan juga Aweera pada kedudukan berikutnya.

Melalui tiga set persembahan, Aliff begitu konsisten menyanyikan lagu Sampai Syurga secara solo dan mencuri perhatian juri melalui lagu Dealova, duet bersama Hafiz Suip.

Melalui persembahan battle pula, dia bergandingan dengan Aweera menyanyikan lagu Jatuh Bangun yang dipopularkan oleh Aman Ra.

Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow.

Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu dan Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).

Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan konsert akhir turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada alumni GV8.

Aliff Aziz rangkul juara GV8, ketepikan lima finalis lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here