[VIDEO] Bagaikan aksi filem, kereta ‘terlepas’ dirempuh kereta api

0
440

BAGAIKAN aksi dalam filem, sebuah kereta hampir dirempuh kereta api selepas tersangkut di tengah-tengah landasan akibat tayar hadapannya tercabut.

Detik cemas itu berjaya dirakam dan tular di media sosial menunjukkan orang ramai membantu menolak kereta jenis Proton Saga keluar dari landasan kereta api itu.

Difahamkan, kejadian ibarat telur di hujung tanduk itu berlaku pada petang Rabu di Papar, Sabah.

Video yang berdurasi satu minit 27 saat itu menunjukkan orang ramai bertungkus lumus menolak kereta itu keluar dari landasan.

Bagaimanapun, sebuah kereta api melintasi mereka kira-kira 10 saat selepas berjaya menolak kereta berkenaan ke depan bagi melepasi landasan itu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here