Gaspard Ulliel maut kemalangan ketika bermain ski

0
515

DUNIA seni antarabangsa dikejutkan dengan pemergian pelakon Perancis, Gaspard Ulliel, 37, yang terlibat dalam satu kemalangan ketika bermain ski di pergunungan Alps.

Menurut laporan media, dia dikatakan melanggar seorang pemain ski lain di Montvalezan, Perancis yang mengakibatkan kecederaan.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di sana, Uliiel ditemui tidak sedarkan diri sebaik sahaja ditemui dan dia segera dibawa mendapatkan rawatan ke hospital menggunakan helikopter.

Malangnya, dia meninggal dunia pada Rabu ketika mendapatkan rawatan manakala mangsa yang dilanggar pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sepanjang bergelar anak seni, Ulliel popular dengan filem biopik Yves Saint Laurent dan memegang watak sebagai pereka fesyen terkenal itu.

Dia juga sering muncul sebagai model iklan minyak wangi jenama Chanel dan pernah memenangi beberapa anugerah.

Sepanjang karier, dia pernah memenangi Anugerah Ceasar Perancis 2017 dan diangkat sebagai pelakon terbaik menerusi filem Its Only The End Of The World.

Gaspard Ulliel maut kemalangan ketika bermain ski

Dunia seni antarabangsa dikejutkan dengan pemergian pelakon Perancis, Gaspard Ulliel, 37, yang terlibat dalam satu kemalangan ketika bermain ski di pergunungan Alps.

Menurut laporan media, dia dikatakan melanggar seorang pemain ski lain di Montvalezan, Perancis yang mengakibatkan kecederaan.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di sana, Uliiel ditemui tidak sedarkan diri sebaik sahaja ditemui dan dia segera dibawa mendapatkan rawatan ke hospital menggunakan helikopter.

Malangnya, dia meninggal dunia pada Rabu ketika mendapatkan rawatan manakala mangsa yang dilanggar pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sepanjang bergelar anak seni, Ulliel popular dengan filem biopik Yves Saint Laurent dan memegang watak sebagai pereka fesyen terkenal itu.

Dia juga sering muncul sebagai model iklan minyak wangi jenama Chanel dan pernah memenangi beberapa anugerah.

Sepanjang karier, dia pernah memenangi Anugerah Ceasar Perancis 2017 dan diangkat sebagai pelakon terbaik menerusi filem Its Only The End Of The World.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here