Call You Mine kerjasama menarik Malaysia, Vietnam

0
440

JIKA kebanyakan penyanyi lain memilih haluan nama-nama besar dunia untuk berkolaborasi, lain pula jalan yang dipilih oleh duo yang mahu dikenali dengan nama FML ini.

Duo yang dianggotai oleh Muhammad Fahimi Rahmat, 25, dan Muhammad Ikhmal Mohd Hamka, 27, memberanikan diri berkolaborasi dengan rapper terkenal dari Vietnam iaitu Seachains dan Nhat Hoang menerusi single terbaharu mereka, Call You Mine.

Menurut Faimi, kerjasama tersebut merupakan sesuatu yang di luar jangkaan memandangkan ada sesuatu yang menarik dipersembahkan oleh mereka menerusi lagu tersebut.

“Pada mulanya untuk lagu Call You Mine ini, kami nak nyanyikan sendiri saja. Tapi terfikir semula kenapa tidak buat sesuatu yang baharu dan segar yang tidak ada lagi dalam muzik industri kita. Jadi label kami mencadangkan untuk ‘feat’ dengan rapper Vietnam. 

“Sejujurnya, tak terfikir pula sampai ke Vietnam. Apa pun idea itu sesuatu yang ‘cool’ dan menarik. Mereka cakap ada dua rapper terkenal di sana. Kami tanya adakah mereka okay untuk berkolaborasi. 

“Kami pun hantar profil dan lagu, alhamdulillah mereka setuju. Kami berasakan ini peluang keemasan. Apabila mendengar mereka punya verse, sangat sedap dan bagus. Kami tak menjangka hasilnya begitu,” katanya.

Duo yang bernaung di bawah label Faitfull Music ini gembira apabila lamaran mereka diterima oleh Seachains dan Nhat Hoang dengan hati yang terbuka.

Mereka juga bekerjasama menghasilkan lagu ini menggunakan tiga bahasa iaitu bahasa Malaysia, English dan Vietnamese serta diterbitkan dengan kerjasama antara Faithful Music dan DefJam Vietnam.

Perjalanan FML sebenarnya bermula apabila mereka menghasilkan lagu Payung Terjun bersama dengan penyanyi Faizal Tahir.

Lagu tersebut benar-benar mempopularkan nama FML sehingga mampu bekerjasama dengan penyanyi luar negara.

Menurut Fahimi lagi, dia berharap kolaborasi mereka itu menjadi pembuka kepada lebih banyak lagi kerjasama lain selepas ini dalam lagu.

“Kami tak pernah jumpa mereka lagi, tapi harapnya satu hari nanti akan berjumpa. Harapnya akan ada lebih banyak kerjasama selepas ini.

Semoga lagu ini menjadi langkah awal untuk berkolaborasi selepas ini,” katanya yang menantikan sambutan hangat daripada peminat serantau.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here