Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Dulu bawa pulang pingat, kini jual tisu -

[VIDEO] Dulu bawa pulang pingat, kini jual tisu

KELANGSUNGAN hidup harus diteruskan meskipun perit untuk ditelan dan walaupun perlu berdepan pelbagai pandangan masyarakat.

Sepanjang karier bekas atlet renang para negara, Koh Lee Peng, beliau pernah menerima anugerah Olahragawati Paralimpik 2016 berikutan kecemerlangan ketika mewakili negara dalam acara renang.

Malah, bekas atlet para itu juga pernah mengharumkan nama negara apabila merangkul tujuh pingat emas dan tiga perak masing-masing ketika beraksi dalam kejohanan ASEAN Para Games pada 2001 hingga 2005.

Namun, kegemilangan itu hanya dirasai seketika sahaja dan kini, kisah hidup Koh Lee Peng tular di media sosial apabila terpaksa menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual tisu di sekitar Bukit Bintang untuk menyara hidupnya.

Kisahnya itu menjadi bualan di aplikasi Twitter apabila seorang pengguna laman sosial Twitter memuatnaik rentetan pertemuannya dengan bekas Olahragawati Paralimpik 2016 itu, baru-baru ini.

Menurut ciapan itu, pengguna Twitter @fxwxb, dia terserempak dengan Lee Peng semasa berada di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan serta-merta dapat mengecam perkataan ‘Harimau Malaya’ pada baju T polo yang dipakai Lee Peng. 

Dia turut mendapati atlet wanita yang berkerusi roda itu memegang helaian artikel surat khabar yang menunjukkan dirinya dengan tajuk berita berbunyi, “Bekas Perenang OKU Paralimpik OKU Dicemuh”.

Menurut laporan Berita Harian, beliau pernah dikecam dan tidak diendahkan sewaktu menjual kertas tisu di Bukit Mertajam beberapa tahun lalu, di mana masyarakat pada waktu itu pernah menuduhnya sebagai agen sindiket serta pendatang haram dari negara Vietnam, Thailand atau Filipina.

Sewaktu pertemuan itu, Lee Peng tidak malu untuk memperkenalkan dirinya sebagai seorang bekas atlet dari Pulau Pinang. 

Biarpun dahulu beliau pernah bergelar salah seorang atlet paralimpik harapan negara, beliau tidak malu dengan pekerjaan semasanya sebagai penjual tisu.

Susulan itu, ramai mempersoalkan peranan badan berwajib bagi membantu Lee Peng yang pernah mengharumkan negara dengan membawa pulang pingat untuk tanah air.

Situasi ini jelas sukar untuk dihadam warganet yang selama ini merasakan atlet kebangsaan mendapat pembelaan walaupun selepas mereka bersara daripada arena sukan. – SB