Dikaitkan dengan Shuib, Siti Nordiana anggap gosip semata-mata

0
707

SEJAK seminggu yang lalu nama Siti Nordiana panas apabila ada yang cuba mengaitkan dirinya sebagai ‘pengganti’ kepada Shuib gara-gara sebuah video yang tular di TikTok.

Bagi Nana, usikan nakal yang dibuat oleh segelintir peminat yang tidak sabar melihatnya naik pelamin buat kali kedua sekadar gurauan dan tidak lebih daripada itu.

“Jangan tanya saya macam mana nama saya boleh dikaitkan dengan Shuib. Saya pun tak tahu macam mana boleh jadi macam itu sekali (dikaitkan).

“Memang betul video berkenaan diambil ketika saya mengunjungi sebuah butik baru-baru ini. Tapi saya ke sana sebab nak tempah baju untuk persembahan sahaja.

“Bukan saya tempah baju kahwin pun. Tak fasal-fasal orang usik saya tempah baju nikah. Tak apalah, mereka hanya bergurau sahaja,” kata penyanyi yang berusia 37 tahun ini lagi.

Baginya, apa sahaja gosip yang bertebaran tidak memberikan kesan kepada emosinya memandangkan perkara berkenaan hanyalah gurauan.

Jelasnya, dia sedar perkara tersebut timbul kerana peminat berteka teki siapa wanita yang sedang dikaitkan dengan Shuib ketika ini.

“Saya bukanlah wanita yang mereka cari. Cuma saya nak beritahu nombor telefon Shuib pun saya tak ada simpan. Macam manalah boleh dikaitkan.

“Tapi kalau ada yang masih cuba nak kaitkan, terpulang kepada mereka. Inikan lumrah dalam dunia seni, saya terima sahaja dengan terbuka,” tambah wanita yang mesra disapa dengan panggilan Nana ini lagi.

Untuk rekod, penyanyi ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Allahyarham Faizal Yusof pada 2006 dan bercerai pada 2009.

Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia 14.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here