Tukang rumah mahu elak urine test didenda rasuah polis

0
268

Oleh RAHIMI MOHAMAD

SEORANG tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini selepas didakwa memberi rasuah sebanyak RM1,290 kepada seorang anggota polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, pada pertengahan tahun lalu.

Bagaimanapun Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail menangguhkan penghakimannya selepas tertuduh, Wong Chee Ming, 32, mẹmbuat pengakuan tersebut setelah pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil.

Ini kerana, Hakim Ahmad Kamal meminta Chee Ming melantik peguam bagi mengesahkan pengakuan salahnya.

Mengikut fakta kes, lelaki itu secara rasuah memberi satu suapan wang tunai RM1,290 kepada anggota polis berpangkat lans koperal yang berusia 31 tahun sebagai dorongan untuk melepaskan dia serta rakannya daripada menjalani ujian saringan awal air kencing.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 3.15 petang di simpang tiga Jalan Air Bemban, Taman Air Bemban, Kulai, pada 17 Mei tahun lalu.

Bagi perbuatan itu, lelaki itu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Yunus Mohamed manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Hakim menetapkan kes disebut semula pada 14 Februari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here