Makan kari tradisional Jepun kurangkan risiko nyanyuk

0
326

PENYAKIT nyanyuk sering dikaitkan dengan orang tua. Hakikatnya, penyakit yang melibatkan bahagian otak ini juga turut berisiko dialami oleh golongan muda malahan kanak-kanak. 

Namun, tahukah anda, risiko untuk menghidap penyakit nyanyuk dapat dikurangkan dengan memakan hidangan kari tradisional Jepun.

Kenyataan ini disokong oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Tokyo dan Universiti Nishogakusha menerusi satu kajian terbaharu yang menunjukkan tabiat memakan hidangan kari tradisional Jepun dapat membantu mengurangkan risiko menghidap penyakit nyanyuk, lapor portal SoraNews24, kelmarin.

Kumpulan penyelidik itu telah mengumpulkan data seramai 2,000 individu berusia 50 tahun dan ke atas dengan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama ialah mereka yang kerap memakan kari, manakala kumpulan kedua terdiri daripada individu yang jarang menikmati hidangan itu bagi tempoh setahun.

Setiap responden kemudian diberikan  penilaian risiko nyanyuk, manakala skor relatif mereka dibandingkan.

Kumpulan penyelidik itu berkata, hasil kajian mendapati wujud  kaitan kukuh antara markah ujian mereka dengan kekerapan memakan kari dalam jangka masa panjang.

Mereka yang makan kari kurang sekali dalam setiap bulan mendapat markah 1 untuk risiko nyanyuk, manakala mereka yang memakannya sebulan sekali menyaksikan risiko tersebut turun kepada 0.834.

Individu yang memakan kari dua atau tiga kali dalam tempoh sebulan menyaksikan risiko nyanyuk terus menurun kepada 0.754 dan risiko 0.718 mata bagi individu yang memakan kari empat kali sebulan atau lebih kerap.

Korelasi sedemikian tidak dapat ditemui pada individu yang memakan kari pada frekuensi sama ini dalam tempoh kurang setahun.

Namun begitu, pakar-pakar berpendapat kajian lebih mendalam diperlukan bagi mengesahkan kaitan antara tabiat memakan kari dan pengurangan risiko mendapat penyakit nyanyuk. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here