Atuk 001 Squid Game menang Anugerah Golden Globe ke-79

0
505

MENYEBUT sahaja nama Oh Young-su, pasti ingatkan sebahagian besar daripada peminat tertumpu kepada kepada drama bersiri Squid Game yang mencetuskan fenomena baru-baru ini.

Meskipun sudah berusia 77 tahun, dia membawakan watak tersebut dengan cemerlang dan membuktikan drama bersiri berkenaan merupakan sebuah karya berkualiti dari Asia.

Buktinya, dia berbangga apabila diangkat sebagai Pelakon Pembantu Terbaik Televisyen sempena Anugerah Golden Globe ke-79 yang diadakan pada Isnin.

“Setelah mendengar berita tentang anugerah tersebut, saya beritahu diri sendiri yang saya layak dapat untuk pertama kali seumur hidup.

“Sekarang bukan kami dalam dunia tetapi dunia yang dalam kami. Saya berterima kasih kepada semua dan seluruh dunia. Semoga kita terus menjalani kehidupan terindah,” kata Oh Young-su.

Menariknya, watak lelaki tua yang dimainkan oleh lelaki ini bukan sahaja membawa tuah kepada dirinya sebaliknya kepada industri seni di Korea Selatan sendiri.

Ini merupakan kemenangan pertama wakil dari negara berkenaan mengikuti jejak filem Parasite yang memenangi Anugerah Oscars pada tahun lalu.

Selain Oh Young-su mewakili Squid Game, kategori berkenaan juga mencalonkan Billy Crudup (The Morning Show), Kieran Culkin (Succession), Mark Duplass (The Morning Show) dan Brett Goldstein (Ted Lasso).

Menariknya Squid Game bukan hanya diwakili oleh pelakon berkenaan sebaliknya Lee Jung Jae juga dicalonkan menerusi katagori Pelakon Lelaki Terbaik Televisyen.

Siri Netflix dari Korea itu juga dicalonkan dalam kategori Drama Televisyen Terbaik namun tewas kepada Succession.

Sebagai info, Golden Globe merupakan acara anugerah terbesar yang dianjurkan untuk meraikan program televisyen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here