[VIDEO] Insomnia: Scha perlu peneman tidur malam

0
991

Di sebaliknya imej seksi, berani mati dan menjadi perhatian kebanyakan lelaki, siapa sangka pelakon Scha Ellinea, 21, berhadapan dengan masalah sukar untuk tidur pada waktu malam.

Jelasnya, keadaan tersebut biasanya akan berlaku apabila dia tidur bersendirian dan perlu mencari teman untuk menemaninya sepanjang malam.

“Pernah saya tidur seorang diri tapi sampai ke sudah terjaga. Buka apa, saya mula rasa tak selesa dan timbul pelbagai perasaan yang kurang elok.

“Sudahnya sampai pukul 8 pagi barulah saya dapat tidur. Perasaan takut bersendirian itu membuatkan saya tak dapat lelapkan mata,” katanya.

Masalah insomnia yang dihadapi oleh Scha pada dasarnya telah bermula pada pertengahan tahun yang lalu apabila dia diserang kebimbangan melampau yang teruk.

Semuanya berlaku apabila melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pelbagai perasaan timbul apabila melalui fasa tersebut.

“Ada orang tanya adakah saya takut hantu. Tak juga. Saya tak boleh tidur seorang diri. Selalunya saya akan bawa pembantu atau teman untuk temankan saya ke mana sahaja.

“Janhan suruh saya kahwin cepat-cepat sebab itu bukan keutamaan lagi. Kalau boleh saya mahu membina nama dalam industri dan menggembirakan keluarga terlebih dahulu,” katanya.

Scha mendedahkan perkara tersebut sempena sidang media Master In The House Malaysia baru-baru ini.

Selain Scha, rancangan yang disiarkan di TV3 itu turut disertai Hael Husaini, Sharifah Ross, Andi Barnadee dan Meyrasam.

Bercerita mengenai anxiety yang dihadapinya pula, Scha mengakui kebimbangan teruk yang dihadapinya itu pernah membuatkan dia terlantar di hospital.

“Saya diserang anxiety yang teruk semasa PKP tempoh hari sampai perlu dimasukkan ke wad selama dua hari. Sebab itu kesihatan mental juga penting untuk diambil tahu dan dipedulikan.

“Sampai sekarang saya bertemu dengan doktor sebulan sekali dan beruntung kerana orang di sekeliling mengambil berat dan peduli pada saya. Itu yang paling penting,” tambah Scha lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here