Imbasan 2021: Perkahwinan kandas, berpisah jalan terbaik

0
767

TIDAK semua ikatan cinta yang diikat dengan perkahwinan sampai ke akhir hayat. Tidak semua juga mengecap kemanisan berpanjangan sementelah seribu satu rintangan mendatang.

Begitu juga dengan beberapa orang selebriti tanah air yang sedang bertingkah dan ada yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada alam perkahwinan.

Apa juga masalah yang berlaku, hanya mereka sahaja yang tahu. Sebelum tahun 2021 berakhir, ayuh kita sorot beberapa pasang selebirti yang terlibat.

Pengakuan Shila Amzah mengejutkan

Pengakuan yang dibuat oleh Shila Amzah minggu lalu melalui Instagram miliknya mengejutkan ramai pihak. Mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami, dia juga sudah memfailkan penceraian.

Dedah Shila lagi, permohonan penceraian tersebut tidak berjalan dengan mudah ditambah dengan beban emosi terpaksa mengharungi banjir yang melanda rumah keluarganya di Hulu Langat, Selangor.

Shila berkahwin dengan Haris Idraki pada tahun 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais, 1 tahun.

Siti Saleha fail cerai

Tiada angin tiada ribut, rumah tangga yang dianggap bahagia oleh peminat nampaknya begelora tanpa diketahui umum. Dalam diam-diam, pelakon Siti Saleha telah memfailkan cerai kepada suaminya, Ahmad Lutfi.

Empat tahun melayari rumah tangga, Saleha akhirnya memfailkan cerai dan sudah hadir sendiri ke mahkamah bagi menjalani proses penceraian.

Sehingga ke hari ini, Saleha masih lagi belum membuka mulut apakah sebenarnya yang berlaku kepada hubungannya itu.

Fizi Ali, Shakilla Koriri pisah

Berita penceraian penyampai radio Suria FM, Fizi Ali bersama pelakon Shakilla Koriri tidak kurang mendapat perhatian peminat apabila mengumumkan berpisah pada 15 Disember lalu.

Sepanjang perkahwinan, mereka cukup mesra di media sosial dan sering memuat naik kandungan menarik. Sudah pasti penceraian itu menjadi tanda tanya memandangkan masing-masing kelihatan bahagia.

Tiga tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Ameena Sofia.

Hubungan 10 tahun terlerai

Bukan mudah untuk mempertahankan rumah tangga meski sudah satu dekad melayarinya. Begitu juga dengan pelakon dan pengacara Yasmin Hani yang mengumumkan sudah berpisah baru-baru ini.

Tidak diketahui apakah sebenarnya yang berlaku kepada rumah tangga yang dibina bersama dengan Sha’arin namun mereka sepakat mengunci mulut daripada terus memburukkan masing-masing.

Melalui perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki.

Aishah tunggu jatuh talak

Empat kali berumah tangga, nampaknya nasib masih lagi tidak menyebelahi penyanyi Aishah apabila mengumumkan rumah tangga yang dibina diambang kehancuran.

Dia yang mengakui sudah tidak sebumbung dengan suaminya itu, sedang menunggu talak daripada lelaki berkenaan.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada tahun 2017. Sehingga ke hari ini, tidak diketahui apakah status rumah tangga mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here