Faizal Tahir gembira X Missing You jadi pilihan penyanyi antarabangsa

0
651

Bukan mudah untuk mensasarkan karya tempatan ke pasaran antarabngsa namun apa yang berlaku kepada lagu X Missing You merupakan satu pencapaian yang luar biasa pada dasarnya.

Lagu yang menggabungkan Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Yonnyboii dan Tuju itu dinyanyikan semula oleh G.E.M yang juga merupakan penyanyi popular dari China dan Hong Kong.

“Alhamdulillah, sebagai seorang komposer dan penerbit sudah semestinya kita mahu pendengar menerima lagu kita dengan baik. Tapi untuk dinyanyikan oleh penyanyi dari luar negara bukan sesuatu yang saya jangkakan.

“Jadi sudah semestinya saya menerima dengan baik memandangkan ia mampu membuka pintu dan ruang untuk pengkarya tempatan ke pasaran luar.

“Ini masa untuk kita berkongsi idea dan bekerjasama dengan artis antarabangsa sekaligus menaikkan peluang komposer atau penerbit lain di Malaysia untuk turut melakukan sedemikian,” katanya.

X Missing You merupakan lagu hasil ciptaan Faizal Tahir, Ja’a, Mage, Mike Chan, Tuju dan Yonnyboii dinyanyikan semula oleh G.E.M menjadi lagu I’ll Be Missing You.

Sudah tentu kolaborasi antara Faithful Publishing dan pihak berkenaan berjalan lancar meskipun mengambil masa lima bulan untuk berunding sebelum mencapai kata sepakat.

Berkongsi mengenai keunikan lagu X Missing U sehingga berjaya dibawa ke pasaran antarabangsa, Faizal berkata ia terletak pada gabungan empat vokal dan karakter yang berbeza dalam lagu ini.

“Melalui nyanyian Dayang Nurfaizah, Yonnyboi, Tuju dan saya sendiri, bagi saya ini adalah kekuatan dan keunikan lagu ini. Setiap penyanyi membawa karakter tersendiri yang sangat unik dengan penyampaian yang sangat baik.

“Saya berpendapat itulah yang menjadi penarik perhatian kepada lagu ini sehingga ada artis luar yang berminat untuk menyanyikannya,” katanya.

G.E.M atau nama sebenar Gloria Tang Tsz-kei, dia menjadi artis wanita paling laris di China dan Hong Kong. Dia juga merupakan penyanyi wanita pertama yang mencapai 100 juta tontonan di YouTube dengan tiga video muzik .

Untuk rekod, lagu I’ll Be Missing You nyanyian G.E.M yang baharu saja dilancarkan sudah berada dikedudukan nombor tiga carta lagu baharu di China.

Lagu ini juga tersenarai dalam playlist Music 163 China yang mempunyai 2.4 billion strim dan berada di kedudukan nombor tiga carta trending YouTube di Taiwan dan tempat ke-18 di Hong Kong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here