Lee Kim Yew nafi anjur, jemput Najib rasmi WCEF

0
462

TOKOH perniagaan, Tan Sri Lee Kim Yew menegaskan Forum Ekonomi Cina Sedunia (WCEF) yang diadakan hari ini di ibu negara tidak ada kaitan dengan dirinya.

Beliau menjelaskan, walaupun forum itu menggunakan nama WCEF, ia berbeza dengan WCEF yang diasaskannya pada 2009, yang sudah ditukar nama kepada Sidang Kemuncak Ekonomi Cina Sedunia dan tahun ini dinamakan Sidang Kemuncak Teknologi dan Ekonomi Cina Global.

“Saya benar-benar berasa malu apabila berhadapan dengan rakan-rakan yang bertanya sama ada saya telah menjemput bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan Forum Ekonomi Cina Sedunia yang akan diadakan pada 27 Dis 2021.

“Saya ingin menjelaskan dan menyatakan bahawa Forum Ekonomi Cina Sedunia yang baharu ini tiada kaitan dengan saya,” katanya.

Kim Yew berkata, penganjur acara tidak sepatutnya menjemput Najib kerana beliau sudah disabitkan kesalahan dan menunggu keputusan rayuan.

“Sudah tentu ianya menarik perhatian media, tetapi saya perlu menjelaskan pendirian saya, kita mesti menghormati badan kehakiman dan menegakkan Kedaulatan Undang-undang di Malaysia,” jelasnya.

Selain itu, Kim Yew berkata, penglibatan Najib Razak dalam WCEF yang tidak dianjurkan oleh beliau sendiri adalah memalukan dan beliau berharap kenyataan ini telah menjelaskan pendiriannya.

Menurutnya, tindakan penganjur WCEF hari ini menggunakan nama dan gambar WCEF terdahulu pasti menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here