Bekalan elektrik di 794 kawasan kembali pulih

0
308

BEKALAN elektrik di 794 kawasan yang terjejas banjir di Selangor, Pahang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sudah dipulihkan setakat 12 tengah hari tadi.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) Careline menerusi hantaran di Facebook memperincikan 480 kawasan itu terletak di Pahang, manakala 171 kawasan di Selangor, 118 di Kuala Lumpur dan 25 di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, ini adalah kerana pencawang kuasa yang membekalkan elektrik di premis anda belum selamat sepenuhnya untuk diaktifkan,” katanya.

TNB Careline juga berkata 80 kawasan di Selangor, 37 di Pahang, masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur masih belum menerima bekalan elektrik bagi memastikan keselamatan pengguna.

“Usaha bagi memastikan bekalan elektrik ke kawasan terjejas dipulihkan secara berperingkat diteruskan, tertakluk kepada akses dan keadaan setempat,” katanya. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here