Armada, Srikandi lebarkan sayap bantu mangsa banjir seluruh Malaysia

0
388

JENTERA Armada Bersatu dan Srikandi Bersatu melebarkan misi bantuan bencana banjir ke seluruh negara selepas selesai menjalankan misi bantuan di Selangor yang terjejas teruk akibat banjir besar baru-baru ini.

Sukarelawan Armada dikerah turun ke lapangan bagi membantu semua mangsa banjir di seluruh negara yang kini mencecah puluhan ribu orang yang ditempatkan Pusat Penempatan Sementara (PPS), antaranya di Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan beberapa negeri lain yang terjejas.

Armada Paya Besar menerusi satu perkongsian di laman Facebook, meneruskan usaha sukarelawan membantu mangsa banjir di Bukit Rangin, Kuantan, Pahang. 

Tidak kira negeri, Ketua Armada Bersatu Kuala Kedah, Mohd. Firdaus Addly bersama Jawatankuasa Armada Bersatu Kuala Kedah turut serta dalam misi  bantuan bencana banjir di Hulu Langat, Selangor bersama pasukan Armada Negeri Kedah.

Dalam pada itu, Armada Puchong menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan jentera mereka menerima kunjungan dan bantuan tenaga kerja yang lebih dari Armada Perak.

Ia bagi meneruskan misi bantuan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di kawasan sekitar Kampung Kenangan, Puchong. 

Kerja-kerja pembersihan dan bantuan yang diberi jentera Armada Bersatu ini dilihat sebagai satu inisiatif untuk meringankan beban serta urusan keluarga mangsa banjir.

Bukan itu sahaja, Srikandi Bersatu turut melebarkan sayap membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terkesan.

Ketua Srikandi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Rina Harun turun ke padang melawat dan membantu membersihkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Salak, Selangor.

Beliau turut menyampaikan bantuan kepada keluarga mangsa yang berada di PPS bagi meringankan beban, memberi semangat dan kekuatan mereka.

Seterusnya, Srikandi Bersatu Indera Mahkota mengagih sebanyak 1000 pek bantuan makanan kepada mangsa banjir di sekitar Sungai Ular, Kampung Pelindung, Chenderawasih dan Kampung Tiram, Pahang.

Seikandi Bersatu Port Dickson juga menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana itu di Linggi, Negeri Sembilan.

Kesemua bantuan yang dihulurkan oleh sayap-sayap Bersatu iaitu Armada dan Srikandi diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir seluruh Malaysia. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here