[VIDEO] Sesi persekolahan penggal ketiga ditangguhkan seminggu

0
295

PEMBUKAAN sekolah bagi penggal ketiga 2021/2022 akan ditangguhkan selama seminggu berikutan situasi banjir yang melanda negara.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Doktor Radzi Jidin ketika mengumumkan mengenai perkara ini berkata, penangguhan itu bermakna sesi persekolahan bagi sekolah-sekolah negeri kumpulan A iaitu di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 9 Januari 2022.

Manakala bagi negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula, sesi persekolahan akan bermula pada pulau January 2022.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat cakna dengan kebajikan para guru, murid-murid dan ibu bapa dalam konteks situasi banjir semasa.

“Kita sedar ini tempoh yang amat sukar dan mereka memerlukan masa untuk untuk menyediakan keperluan sebelum memulakan penggal ketiga bagi sesi persekolahan 2021/2022,” kata beliau dalam hantaran video di laman Facebook rasminya pada Jumaat.

Sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 dijadual bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac tahun hadapan bagi sekolah di negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bagi negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, ia dijadual bermula pada 3 Jan hingga 20 Mac 2022. – BebasNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here