Muak politik stesen TV, Izara mahu tumpu bidang lain

0
259

Pelbagai isu yang menghantui bidang seni membuatkan sebahagian besar daripada mereka mula berasa bosan.

Bagi pelakon Izara Aishah, dia sendiri merasakan perkara tersebut dan mahu tampil ke layar perak berbanding ke stesen televisyen seperti kebiasaan.

Jelasnya, keputusan terebut diambil kerana segelintir stesen televisyen banyak terlalu banyak main ‘politik’ sehingga memberikan impak kurang baik kepada anak seni.

“TV (pihak stesen) banyak sangat politik. Contohnya tentang pemilihan pelakon, bayaran dan cara bekerja. Saya rasa memang tak boleh. Kalau filem saya tak ada masalah.

“Ia bukan bermakna saya serik, cuma berasa agak kecewa. Cara saya di diberikan tawaran, apa yang mereka minta saya tak setuju. Lagipun sekarang ni dah masuk tahun 2021. Enough is enough,” luahnya.

Terdahulu isu pelakon perlu memiliki 1 juta pengikut di laman sosial memang menjadi perdebatan hangat dalam kalangan anak seni.

Ramai pihak yang kurang senang dengan syarat yang diletakkan oleh pihak stesen dan menganggap syarat terebut pelik dan tidak relevan.

Beberapa selebriti tempatan seperti Namron, Amerul Affendi dan Sharifah Amani lantang menentang keras perkara berkenaan.

Begitu juga dengan Izara apabila dia banyak memberikan kenyataan melalui akaun Twitter peribadi memberikan teguran kepada pihak stesen.

Ujarnya, dia sendiri tak kisah sekiranya kenyataan-kenyataan yang dibuat itu boleh menjejaskan kariernya sebagai seorang pelakon.

“Kalau ia memberi kesan kepada karier saya terpulanglah. Apa pun karier saya sekarang ni okay dan rezeki saya semakin luas,” katanya bersyukur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here