Harga petrol RON97 turun 1 sen

0
679

HARGA runcit petrol RON97 turun sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM3 kepada RM2.99 berkuat kuasa esok hingga 29 Disember depan.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, petrol RON95 dan diesel pula kekal masing-masing pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Katanya, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global walaupun ia telah naik melebihi harga siling ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here