Shila Amzah dedah sudah fail cerai terhadap suami dua bulan lalu

0
725

Pendedahan yang dibuat oleh penyanyi Shila Amzah di Instagram miliknya mengejutkan ramai pihak apabila mengakui sudah memfailkan cerai terhadap suaminya dua bulan lalu.

Jelas Shila, tindakan tersebut diambil terhadap suaminya, Harris Idraki dan dalam masa yang sama dia membawa anak lelaki mereka tinggal bersama di rumah keluarganya.

“Saya sentiasa menunjukkan wajah gembira. Orang tidak tahu perjuangan saya. Dan saya sedang bergelut dengan susah payah saya sekarang.

Dah dua bulan sha keluar dari rumah dengan Seth tumpang dirumah mak abah di Hulu Langat,” tulis anak kepada penyanyi ND Lala ini.

Tidak mendedahkan secara terperinci apa sebenarnya masalah yang melanda rumah tangga mereka, kata Shila dia ready dengan takdir yang dilalui.

“Sha dah fail cerai tapi malangnya masih dalam proses sebab dia pilih nak prolong benda ni.

“Cuma bila dah jadi macamni, Sha dah tak boleh nak sabar lagi malah cuba sedaya upaya untuk bertahan dan jaga hati dan nama baik semua orang,” katanya Shila.

Menerusi gambar hitam putih yang dimuat naik oleh penyanyi ini, dia dipercayai bersama keluarganya selepas kediaman tersebut dinaiki air baru-baru ini.

Terkesan dengan apa yang berlaku, penyanyi yang menempa nama di China ini dilihat sedikit beremosi dengan apa yang sedang dihadapi.

Jelasnya, rumah ibu bapanya yang didiaminya sekarang turut terjejas dan mereka sekeluarga terpaksa menumpang teduh di rumah saudara.

“Sekarang bila tengok rumah di Hulu Langat dah jadi macam ni, rasa sedih sangat. Sebelum ni tumpang berteduh di rumah mak abah tapi sekarang kita semua pula hilang tempat berteduh.

“Sha ada rumah di Cyberjaya pun tak selesa nak balik sebab si dia masih berada di rumah Sha. Seth tak selesa, Sha pun tak selesa.

“Kesian satu famili Sha duduk dalam satu bilik buat sementara waktu,” katanya yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Sha.

Berharap agar dia dapat kembali ke rumah sendiri di Cyberjaya, Shila hanya mahu memberikan keselesaan kepada keluarganya mengharungi tempoh sukar ini.

Untuk rekod, Shila berkahwin bersama Haris Idraki pada 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais, 1 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here