Kerjasama menarik Joe Flizzow & Snoop Dogg, bawa nama Malaysia ke persada dunia

0
642

BERMULA dengan satu pertemuan secara maya bersama legenda Snoop Dogg, Joe Flizzow memperdengarkan beberapa buah lagu yang diterbitkan oleh Def Jam Sea sebagai rujukan.

Malah dalam pertemuan itu juga, Joe menyatakan hasrat untuk berkolaborasi bersama dengannya dan menampilkan Yung Raja bersama dalam album terbaharu Snoop Dogg.

“Saya sangat bangga dan gembira melihat bendera Malaysia terpampang pada poster rasmi album untuk karya Snoop, Algorithm (Global Edition).

“Method Man & Redman merupakan legenda industri hip-hop dan mereka juga menjadi sebab utama saya jatuh cinta pada muzik rap sebelum saya bergelar penyanyi.

“Berkongsi ruang dalam lagu bersama dengan Method Man dan Redman sambal diperkenalkan oleh Snoop Dogg dalam pengenalannya adalah sebuah mimpi yang menjadi kenyataan,” kata Joe.

Menganggap semua itu merupakan impian yang menjadi kenyataan, Joe berharap dapat menampilkan Snoop Dogg dalam album terbaharu yang berjudul Johan yang akan dilancarkan Iama lagi.

Selaku Penasihat Eksekutif Kreatif dan Strategik Def Jam Recordings, Joe berbangga apabila terlibat sama dalam album Algorithm yang menampilkan 32 artis dan 25 buah lagu.

Album terbaharu ini masih menampilkan 25 trek asli dalam album asal namun menambah 15 trek unik yang dirakam semula secara bonus yang diilhamkan daripada versi asal.

Setiap lagu baharu tersebut memaparkan satu atau lebih artis dari senarai syarikat rakaman Universal Music Group (UMG) dari seluruh dunia, dan membawa hampir 50 bintang hip-hop dan R&B ke dalam album tersebut.

Bagi Snoop Dogg pula, dia gembira apabila dapat bekerjasama dengan muka-muka baharu dari serata dunia.

“Algorithm adalah sebuah projek yang sangat istimewa atas pelbagai sebab. Saya teruja untuk persembahkan album ini kepada semua peminat saya di seluruh dunia.

“Bersama beberapa rakan lama dan pengenalan kepada beberapa artis generasi baharu syarikat rakaman ini, kami sedang mengubah gelanggang seni,” kata Snoop Dogg pula.

Album Snoop Dogg: Algorithm (The Global Edition) merupakan lanjutan kepada album Snoop yang terbaharu iaitu Snoop Dogg: Algorithm.

Ia menampilkan 50 artis dari pelbagai rantau dan Joe Flizzow telah dipilih secara peribadi oleh Snoop sendiri untuk bekerjasama dalam lagu Alright Redman & Method Man serta Nefertitti Avani.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here