Bas langgar belakang lori, 22 penumpang selamat

0
291


SERAMAI 22 penumpang bas persiaran terselamat, apabila kenderaan itu merempuh sebuah lori mengakibatkan pemandunya cedera dalam kemalangan di Kilometer 311.0 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Tapah, Perak awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 3.50 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan membabitkan bas persiaran jenis Scania yang dipercayai melanggar belakang sebuah lori.

“Seorang pemandu bas lelaki berusia 43 tahun tersepit dan anggota bomba mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jurucakap JBPM berkata 22 penumpang bas itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat kira-kira jam 4.49 pagi tadi,” katanya.- SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here