Tak tahan dikecam netizen, isteri Caprice masuk hospital

0
630

AKIBAT kecaman bertubi-tubi yang diterima oleh netizen, akhirinya isteri kepada Caprice, Farra Inalis dimasukkan ke hospital setelah pengsan akibat tertekan.

Bagi lelaki ini, dia kurang faham mengapa isterinya menjadi kecaman netizen sehingga mereka hilang privasi akibat menjadi sasaran orang ramai.

“Sesungguhnya saya yang patut dipersalahkan dalam hal ini. Selepas berkahwin isteri saya hilang hak privasi serta kerap diserang kerana seksi.

“Mungkin stres dan tekanan persekitaran menjadikan isteri saya akhirnya, membuatkan dia terkesan sehingga mengakibatkan dia tidak sedarkan diri,” katanya.

Dia juga memuat naik video isterinya terbaring di atas katil hospital yang sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Tambah Caprice, dia meminta orang ramai berhenti menyerang isterinya dan sekiranya mereka mahu berbuat demikian, biarlah dia sahaja menerima kecaman tersebut.

“Tolong jangan serang dia, serang saya. Saya yang berjihad, bina aplikasi untuk ummah, berjuang buat Jerusalem dan menjadi Imam masjid saya,” kata menerusi menerusi perkongsian dalam di Instagram.

Terdahulu, penyanyi ini pernah mendedahkan isterinya menangis selepas netizen mengecam kelakuan anaknya yang baharu berusia lima tahun.

Tidak cukup dengan itu, isu isterinya yang tidak bertudung juga menuai perhatian peminat yang menghamburkan kata-kata kurang baik berkenaan soal aurat selain sering berpenampilan seksi.

Untuk rekod Caprice bernikah dengan isterinya yang juga ibu tunggal beranak satu pada 15 November lalu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here