Kanak-kanak 8 tahun rakyat Malaysia pertama dijangkiti Omicron

0
306

KES pertama varian yang dibimbangi (VoC) micron melibatkan warganegara Malaysia dikesan di negara ini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kanak-kanak berkenaan menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria dan tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember lalu.

“Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif.

“Kanak-kanak ini tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Lagos, Nigeria dengan penerbangan transit di Doha, Qatar.

“Kes dan ahli keluarganya telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya pada sidang akhbar di Parlimen, di sini, pada Khamis.

Khairy menambah, kanak kanak itu tida mempunyai gejala dan diarahkan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Menurutnya lagi, kontak rapat kes ini telah dikenal pasti oleh Kementerian Kesihatan (KKM), iaitu ibu, adik perempuan, bapa, dan pemandu teksi yang membawa kes dan keluarganya dari KLIA ke tempat kediaman.

Katanya, bapa kanak-kanak berkenaan tiba di Malaysia pada 12 Disember lalu dan menjalani arahan kuarantin di sebuah stesen kuarantin swasta.

Ujian RT-PCR bapa kes pada hari ketibaan adalah negatif.

Sementara itu, 35 individu dalam penerbangan yang sama dengan kes telah dikenalpasti oleh KKM, iaitu empat di baris tempat duduk di hadapan, belakang, sebelah kiri, dan sebelah kanan sebagai kontak.

“Keputusan ujian RT-PCR COVID-19 semasa ketibaan dan pada hari ke-5 bagi kesemua kontak ini adalah negatif. Pemantauan kes dan kontak yang dikenal pasti dilaksanakan secara menyeluruh dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Khairy berkata, KKM akan meneruskan siasatan lanjut termasuk siasatan kontak rapat semasa dalam penerbangan bersama-sama Jabatan Kesihatan Negeri dana Pejabat Kesihatan Daerah.


Mengulas lanjut, beliau menjelaskan punca jangkitan kes masih dalam siasatan.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here