Rossa tak kenal Iqbal rupa-rupanya…

0
769

JIKA sebelum ini usahawan muda, Iqbal Zulkifli, 27 tahun, pernah mengatakan mahu mengenali penyanyi Rossa dengan lebih dekat, nampaknya nada yang diberikan berbeza dengan apa yang digambarkan.

Jelas Rossa, dia tidak pernah mengenali lelaki yang mahu mendekati dirinya memandangkan hanya bertemu dengan Iqbal dalam satu acara tayangan filem
di sana seketika sahaja.

“Maaf, saya tidak kenal siapa dia. Tetapi, pada hari itu memang ada seseorang yang bertemu saya dan perkenalkan dirinya dari Malaysia untuk minta bergambar sama.

“Saya okey saja jika peminat minta bergambar dan sesudah itu terus berlalu. Kami tak bercakap apa-apa pun, kerana saya fikirkan dia hanya peminat,” katanya dalam satu sidang media secara virtual hari ini.

Terdahulu Iqbal yang sedang berada di Jakarta ada memuat naik sekeping gambar bersama Rossa menerusi Instagram miliknya.

Meskipun bertebaran berita mengatakan dia mahu mendekati Rossa, perkara tersebut dinafikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Terlalu Cinta dan menganggap dia hanya peminat semata-mata.

Pun begitu, Rossa menjelaskan tiada masalah untuk mereka berkenalan dan hubungan tersebut akan dijalani sama seperti rakan-rakan dari Malaysia yang lain.

“Kalau sekadar mahu kenalan tidak apa-apa. Saya okey saja kerana boleh bersahabat seperti rakan-rakan yang lain juga,” katanya yang kini sedang giat mempromosikan lagu Terlalu Berharap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here