Persembahan tidak konsisten, Fazley tersingkir

0
312

SAINGAN minggu ke-4 Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) menyaksikan Datuk Fazley Yaacob tersingkir setelah mendapat markah terendah dalam kalangan 12 peserta yang tinggal.

Fazley mengikut jejak langkah kumpulan Nico G minggu lalu setelah mempamerkan persembahan kurang memuakan berbanding dengan peserta yang lain.

Membawakan lagu Mahligai Syahdu yang dipopularkan oleh Datuk Hattan, Fazley hanya berjaya mengumpul 50 peratus markah dibelakang Upiak Isil yang mendapat 50.5 peratus.

Juri, Datuk Syafinaz Selamat pula menganggap nyanyian Fazley tidak konsisten dan terlalu terbawa dengan emosi.

Minggu ini juga menyaksikan Adibah Nor berada di kedudukan pertama dengan 78.1 peratus disusuli dengan Nikki Palikat (76.6) dan Suki Low (75) di tempat ketiga.

Meskipun Aliff Aziz saban minggu berada di kedudukan tiga terbaik, kali ini dia hanya berpuas hati di tangga keenam dengan markah 68.4 peratus sahaja.

GV8 menampilkan tiga orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat serta Datuk Shah Reza selaku juri jemputan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here