JPV sahkan ayam import dari Thailand, China halal

0
294

JABATAN Perkhidmatan Veterinar (JPV) menafikan dakwaan seorang penceramah bebas yang mendakwa loji-loji ayam Thailand dan China yang mengeksport produk ayam telah tamat tempoh dan tidak halal. 

JPV dalam kenyataan hari ini berkata terdapat sembilan loji ayam yang telah diluluskan untuk mengeksport daging ayam dan keratan ayam di negara Thailand dan dua lagi di negara China. 

“Kesemua loji ayam yang disenaraikan di laman sesawang JPV adalah masih sah untuk mengeksport ke Malaysia.” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, Badan Pengesahan Halal Luar Negara yang mengawalselia aktiviti penyembelihan halal di loji ayam Thailand juga masih sah tempoh pengiktirafan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga 31 Disember 2023. 

“Senarai loji-loji di laman sesawang JPV dikemaskini dari semasa ke semasa,

“Loji-loji yang didapati tidak mematuhi syarat import yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia akan digantung kelulusan eksport,” katanya.

Notifikasi penggantungan juga akan dipaparkan pada nama loji tersebut di laman sesawang JPV sebagai makluman kepada pihak-pihak berkepentingan.

Mengulas lanjut, JPV mengingatkan orang ramai supaya merujuk kepada Pihak Berkuasa Veterinar, JPV untuk mendapatkan keterangan perkara-perkara yang berkaitan sebelum membuat sebarang hebahan dalam media sosial.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang penceramah bebas yang mendakwa  oji-loji ayam Thailand dan China yang mengeksport produk ayam telah tamat tempoh dan tidak halal. 

Kenyataan tersebut telah menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam yang menyebabkan pihak JPV mengeluarkan kenyataan baharu untuk memberi penjelasan tentang isu tersebut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here