PDRM tubuh Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan – Hamzah

0
446

POLIS Diraja Malaysia akan menubuhkan Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan bagi menyiasat kes kematian melibatkan tahanan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzaah Zainudin berkata unit itu akan dianggotai 12 anggota polis dan seorang kakitangan awam.

“Unit ini akan mula beroperasi pada 1 Januari tahun hadapan dengan diketuai seorang pegawai polis berpangkat Superintendan mulai tarikh ini semua kematian melibatkan tahanan akan dikendalikan oleh unit ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari Menteri Dalam Negeri di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata unit baharu yang ditubuhkan di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM itu akan menumpukan kepada aspek liabiliti jenayah, kewajipan berjaga-jaga (duty of care) dan pematuhan Prosedur Operasi Standard.

Hamzah berkata beliau percaya dengan penubuhan unit berkenaan imej dan integriti pasukan polis akan dapat dipertingkatkan. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here