PRN Sarawak: SPRM lancar 5 bilik gerakan, operasi 24 jam

0
292

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan lima bilik gerakan bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Dalam satu kenyataan SPRM berkata, bilik gerakan di Pejabat SPRM Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan Limbang itu akan beroperasi selama 24 jam sehari sepanjang tempoh PRN berlangsung.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel [email protected],” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, SPRM turut mengingatkan agar calon dan parti politik bertanding tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here