17 kematian akibat Covid-19

0
235

SEBANYAK 17 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, dengan empat daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,538.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Negeri Sembilan. Perlis, Sabah, Terengganu dan Kuala Lumpur (masing-masing dua) serta Johor, Kelantan, Melaka dan Sarawak (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 62,486 kes aktif dilaporkan, termasuk 499 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 269 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,301 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,649,578. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here