Kes pertama varian Omicron dikesan di Arab Saudi

0
282

KERAJAAN Arab Saudi pada Rabu mengesahkan kewujudan kes pertama penularan Covid-19 varian Omicron di negara itu.

Menurut Kementerian Kesihatan negara dua kota suci itu, kes berkenaan melibatkan seorang warga negaranya yang tiba dari benua Afrika Selatan.

Laporan-laporan media tempatan menyebut, pihak berkuasa telah bertindak mengasingkan individu berkenaan serta kontak rapatnya.

“Satu kes varian Omicron dikesan di Arab Saudi daripada warganegara yang pulang dari negara Afrika Utara.

“Individu itu kini diasingkan dan langkah keselamatan sudah diambil,” jurucakap kementerian kesihatan dilaporkan sebagai berkata.

Kes berkenaan timbul ketika negara berkenaan mula melonggarkan sekatan dan membenarkan solat berjemaah tanpa perlu penjarakan fizikal bermula Oktober lalu dan sedang menerima kemasukan jemaah umrah yang tinggi.

Arab Saudi minggu lalu membatalkan penerbangan dari tujuh negara Afrika Selatan, namun penerbangan dari Afrika Utara tidak terjejas. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here