Wilayah Persekutuan cuti umum Jumaat ini

0
397

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cuti kelepasan am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini, 3 Disember 2021.

Ia susulan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) memenangi perlawanan final TM Piala Malaysia 2021 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

“Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, KL City menewaskan JDT dengan jaringan 2-0.

KL City FC merangkul Piala Malaysia ke-100 tahun pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil dan mengesahkan kejuaraan tanpa sebarang kekalahan dalam kempen Piala Malaysia malah mereka meraih tiket ke Piala AFC musim depan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here