[VIDEO] Kailan ikan masin RM18: KPDNHEP bagi tempoh 2 hari buat penjelasan

0
565

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) terhadap seorang peniaga sebuah restoran, di Kepala Batas, Pulau Pinang, yang menjual sebungkus kailan ikan masih pada harga RM18.

Pejabat KPDNHEP dalam kenyataan ringkas memaklumkan pegawai penguat kuasa agensi itu sudah melakukan siasatan di restoran terbabit selepas memperoleh maklumat mengenai premis berkenaan.

“Pegawai penguat kuasa KPDNHEP telah turun ke lapangan untuk menyiasat aduan pengguna berkaitan ‘harga terlalu mahal tidak setara kuantiti yang diberikan’ pada hari sama perkara ini tular.

“Satu NPMB bagi makanan kalian ikan masin berharga RM18 telah diberikan kepada peniaga berkenaan dan peniaga itu perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari bekerja,” katanya.

Pada Ahad, seorang pelanggan di Pulau Pinang mendakwa telah membeli sebungkus kailan ikan masin bagi seorang makan berharga RM18 di sebuah restoran di Kepala Batas.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Selepas siakap, sotong, kali ini kailan ikan masin RM18 pula tular

Pelanggan tersebut berkongsi pengalamannya di media sosial dengan memuat naik gambar resit serta bungkusan sayur kailan ikan masin yang didakwa terlalu mahal dan tidak setara dengan kuantiti.

Bagaimanapun, nama restoran berkenaan tidak didedahkan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here