29 kematian akibat Covid-19

0
451

SEBANYAK 29 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah kes kematian kini mencecah 30,309 orang.

Laman sesawang Kementerian Kesihatan, COVIDNOW menunjukkan enam daripada kes dilaporkan itu membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Setakat ini, ia menyumbang kepada sejumlah 6,130 pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan setakat ini.

Berdasarkan kepada data dimuat naik di laman sesawang GitHub KKM, tujuh daripada kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Perak (termasuk tiga kes BID), masing-masing enam kes di Kedah dan Kelantan (dua kes BID); serta masing-masing dua kes di Johor, Pahang, Sabah (satu kes BID), Terengganu dan Kuala Lumpur.

Sepanjang tempoh 14 hari ini juga enam negeri menunjukkan peningkatan peratusan kes kematian biarpun peratusan di peringkat kebangsaan mencatatkan penurunan sebanyak enam peratus.

Negeri menunjukkan peningkatan peratusan kes kematian dalam tempoh 14 hari adalah Melaka dengan peningkatan sebanyak 240 peratus, disusuli Johor dengan 106 peratus; Pahang (100 peratus); Kedah (36 peratus); Kelantan (29 peratus) dan Terengganu dengan sebanyak 12 peratus.

Ketika ini juga sebanyak 66,455 kes masih aktif dengan seramai 54,695 atau 82.3 peratus menjalani kuarantin di rumah; seramai 6,550 pesakit atau 9.9 peratus kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) manakala 4,699 pesakit lagi atau 7.1 peratus menjalani rawatan di hospital.

Selain itu, hanya dua negeri merekodkan peningkatan kes kemasukan ke hospital iaitu Selangor dengan lapan peratus; dan lima peratus di Sabah manakala negara menunjukkan penurunan lima peratus terhadap kemasukan kes positif COVID-19 ke hospital.

Sepanjang tempoh sama juga, enam negeri mencatatkan peningkatan kes positif baharu iaitu Perlis dengan peningkatan sebanyak 72 peratus; Labuan (31 peratus); Melaka (12 peratus); masing-masing peningkatan sembilan peratus di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta enam peratus di Kedah. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here