[VIDEO] Seram! Penghantar barang dapat alamat penerima di kubur

0
354

SEORANG penghantar barang mendapat perhatian netizen kerana mendapat alamat penghantaran bungkusan di sebuah kubur sehingga menyebabkan dia sukar mencari pemilik barang tersebut.

Kejadian yang berlaku di Banten, Indonesia itu dirakam dan dimuat naik ke akaun Instagram bernama @dagelan.

Menerusi video tersebut, penghantar barang itu sudah berada di kubur dan menunjukkan bungkusan yang perlu dihantar, namun begitu, tiada orang kelihatan di situ.

“Alamat kubur, kubur Gelam Jaya belakang MI Nurul Falah. Ini, saya di tanah perkuburan,” kata penghantar barang itu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here