Tiara Jacquelina dedah sebab tolak tawaran berlakon di Hollywood

0
463

MENJADI antara pelakon papan atas sebenarnya telah membuka banyak ruang dan peluang kepada Puan Sri Tiara Jacquelina untuk mengembangkan bakat ke luar negara.

Namun begitu, disebabkan beberapa kekangan dan perbezaan budaya telah menyekat langkahnya untuk menempa nama sebagai pelakon antarabangsa.

“Sebenarnya sampai sekarang masih ada yang bertanya bila saya mahu ke luar negara. Ada beberapa ejen bertanya dan saya juga pernah dipanggil ke uji bakat.

“Kalau 10 atau 20 tahun dahulu mungkin saya boleh berlakon tapi sebenarnya tak semudah yang kita semua bayangkan sebab berbeza banyak benda terutama budaya.

“Kalau ada babak bercium takkan saya nak kata tak boleh pula. Itu juga menjadi sebab mengapa saya tak ke sana,” kata berterus terang.

Tambahnya, dia rela menolak banyak tawaran sejak dahulu disebabkan enggan menyusahkan pihak produksi sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak mereka.

Dia juga mengakui sedikit old fashion untuk melalui ‘keterbukaan’ produksi luar negara memandangkan masih memegang teguh budaya Asia yang terkenal dengan sikap sopan.

Bercerita mengenai keadaan semasa industri seni tanah air, Tiara menganggap semua pendatang baharu perlu terus belajar dan mempunyai disiplin yang tinggi untuk berjaya.

“Saya melihat seorang pelakon yang bagus kena terus belajar dan jangan cepat rasa bagus. Kita kena sedar masih banyak pelakon hebat yang ada di luar sana yang menunggu masa untuk ke depan.

“Pelakon yang bagus dia ada seri dia sendiri, orang pandang dia bukan sebab lawa tapi kerja keras dan dedikasi. Saya terus-terang cakap jarang jumpa pelakon masa uji bakat yang tahu proses pembikinan sesebuah cerita atau filem.

“Contohnya semasa uji bakat teater Puteri Gunung Ledang, apabila diberitahu mereka kena luangkan masa beberapa bulan, mereka terkejut,” tambahnya lagi.

Tiara mendedahkan perkara tersebut melalui Instagram Live bersama Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM) bersama penggiat industri filem semalam.

Acara tersebut diadakan sempena Festival Filem Malaysia (FFM31) yang akan diadakan pada 10 Disember hadapan.

Tiara Jacquelina dedah sebab tolak tawaran berlakon di Hollywood

Menjadi antara pelakon papan atas sebenarnya telah membuka banyak ruang dan peluang kepada Puan Sri Tiara Jacquelina untuk mengembangkan bakat ke luar negara.

Namun begitu, disebabkan beberapa kekangan dan perbezaan budaya telah menyekat langkahnya untuk menempa nama sebagai pelakon antarabangsa.

“Sebenarnya sampai sekarang masih ada yang bertanya bila saya mahu ke luar negara. Ada beberapa ejen bertanya dan saya juga pernah dipanggil ke uji bakat.

“Kalau 10 atau 20 tahun dahulu mungkin saya boleh berlakon tapi sebenarnya tak semudah yang kita semua bayangkan sebab berbeza banyak benda terutama budaya.

“Kalau ada babak bercium takkan saya nak kata tak boleh pula. Itu juga menjadi sebab mengapa saya tak ke sana,” kata berterus terang.

Tambahnya, dia rela menolak banyak tawaran sejak dahulu disebabkan enggan menyusahkan pihak produksi sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak mereka.

Dia juga mengakui sedikit old fashion untuk melalui ‘keterbukaan’ produksi luar negara memandangkan masih memegang teguh budaya Asia yang terkenal dengan sikap sopan.

Bercerita mengenai keadaan semasa industri seni tanah air, Tiara menganggap semua pendatang baharu perlu terus belajar dan mempunyai disiplin yang tinggi untuk berjaya.

“Saya melihat seorang pelakon yang bagus kena terus belajar dan jangan cepat rasa bagus. Kita kena sedar masih banyak pelakon hebat yang ada di luar sana yang menunggu masa untuk ke depan.

“Pelakon yang bagus dia ada seri dia sendiri, orang pandang dia bukan sebab lawa tapi kerja keras dan dedikasi. Saya terus-terang cakap jarang jumpa pelakon masa uji bakat yang tahu proses pembikinan sesebuah cerita atau filem.

“Contohnya semasa uji bakat teater Puteri Gunung Ledang, apabila diberitahu mereka kena luangkan masa beberapa bulan, mereka terkejut,” tambahnya lagi.

Tiara mendedahkan perkara tersebut melalui Instagram Live bersama Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM) bersama penggiat industri filem semalam.

Acara tersebut diadakan sempena Festival Filem Malaysia (FFM31) yang akan diadakan pada 10 Disember hadapan.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here