Mansuh beri kediaman kepada bekas PM

0
235

PEMBERIAN hadiah kediaman kepada bekas Perdana Menteri adalah sesuatu yang tidak wajar kerana sepatutnya kebajikan rakyat yang menjadi keutamaan kerajaan

Justeru, kerajaan digesa melakukan semakan terhadap Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 (pindaan 2013).

Alasan Ahli Parlimen (Pakatan Harapan (PH)) Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika mencadangkan perkara ini ialah agar pemberian hadiah kediaman kepada bekas Perdana Menteri dapat dimansuhkan.

“Kalau dikatakan (hadiah) ini berasaskan peruntukan (dalam akta), saya minta peruntukan itu dimansuhkan.

“Bayangkan pada penggal ini, kita dah ada tiga Perdana Menteri. Adakah kita nak luluskan dan berikan peruntukan kepada ketiga-tiga Perdana Menteri ini seorang RM100 juta,” soalnya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 peringkat jawatankuasa di persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

Isu peruntukan kediaman bernilai RM100 juta kepada bekas Perdana Menteri ini bermula apabila kerajaan menerima permohonan untuk hadiah tersebut daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Iau ini mula terdedah selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad (Pejuang-Langkawi) pada Khamis lalu membangkitkan perkara itu dalam sidang Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, pada Jumaat, Najib mengumumkan beliau menolak tawaran peruntukan kediaman oleh kerajaan kepadanya mengikut Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 (pindaan 2013) itu.

Mengulas lanjut, Mahfuz menegaskan, kerajaan juga perlu menjelaskan alasan mengapa kabinet Keluarga Malaysia memperuntukkan hadiah berkenan kepada Ahli Parlimen Pekan.

“Bantuan yang kerajaan salurkan untuk sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat, sekolah pondok sebanyak RM1.4 juta sahaja walaupun ia libatkan jumlah penerima manfaat yang ramai.

“Namun untuk bekas Perdana Menteri yang sudah ada segala-galanya, kerajaan boleh terfikir untuk luluskan RM100 juta,” ujarnya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here