KWSP akan lancar i-Sayang tahun depan

0
265

BERITA baik buat para isteri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Agensi berkenaan bakal melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022 yang membolehkan pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, kemudahan itu dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Satu lagi kemudahan dana persaraan yang bakal dilancarkan ialah i-Lindung, yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

“Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.

“Kami juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli-ahli boleh memaksa majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang diadakan secara maya dan fizikal pada Isnin.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here