2.59 juta remaja negara lengkap divaksinasi

0
464

SERAMAI 2.59 juta individu (82.5 peratus) daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman COVIDNOW, sebanyak 2.76 juta individu (87.6 peratus) bagi populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 95.7 peratus (22.41 juta individu) telah lengkap vaksinasi manakala 97.9 peratus (22.93 juta) lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 109,016 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 11,912 suntikan dos lengkap, 4,941 menerima dos pertama dan 92,163 pula mendapat suntikan dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52.08 juta. – Bernama 
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here