Beberapa kawasan sekitar Ampang dilanda banjir kilat

0
547

BEBERAPA kawasan di sekitar Ampang, Selangor dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama lebih satu jam lewat petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata kawasan yang terlibat adalah Jalan Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan yang dinaiki air setinggi 1.5 meter akibat limpahan air dari longkang berhampiran kawasan berkenaan.

“Bomba berjaya menyelamatkan tiga mangsa di Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan.

“Pasukan bomba bersiap sedia di lokasi sekiranya terdapat keperluan untuk memindahkan mangsa,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Sementara itu, Norazam berkata pihaknya sedang menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas akibat kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali, Selangor pada 7.40 malam tadi.

Beliau berkata kesemua mangsa kini berlindung di sebuah pondok yang mempunyai bekalan elektrik di tepi sungai berkenaan.

“Keadaan sungai ketika ini amat deras dan kerja-kerja menyelamat sedang dilaksanakan,” katanya.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here