KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 38 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,978, daripada 2,576,032 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, lima daripada 38 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 69,485 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 55,346 individu atau 79.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah. Seramai 8,004 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,606 kes dirawat di hospital dan 529 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).Kes ICU membabitkan 268 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 261 lagi memerlukan mesin ventilator. – SB