Siapa sebenarnya pembunuh Malcom X?

Dua lelaki suspek pembunuhan beliau bebas sabitan

0
537

PEMBEBASAN dua suspek utama pembunuhan aktivis kulit hitam dan pendakwah Islam terkemuka Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1960-an, Malcom X menimbulkan persoalan siapa sebenarnya yang membunuh beliau.

Malcolm X terkenal pada waktu itu sebagai suara pertubuhan Nation of Islam, yang mengajak orang kulit hitam supaya menuntut hak sivil mereka ‘dengan apa juga cara’.

Pada 1965, aktivis itu telah ditembak mati dan dua suspek utama iaitu Muhammad Aziz, 83, dan Khalil Islam yang meninggal dunia pada tahun 2009 telah ditahan, didakwa dan dihukum kerana dikatakan menjadi dalang utama pembunuhan Malcolm X.

Bagaimanapun setelah berdekad-dekad menjalani hukuman penjara, Mahkamah Agung AS pada Khamis telah membebaskan mereka.

Hakim Ellen Biben memutuskan terdapatnya sabitan yang salah terhadap mereka dan kedua-duanya telah dibebaskan dengan bersyarat dari penjara (parole) pada 1980-an.

“Apa yang terjadi hari ini tidak sepatutnya berlaku,” kata Aziz kepada mahkamah.

Dia dan Islam, yang mengekalkan pengakuan tidak bersalah sejak berlaku pembunuhan pada tahun 1965 di Harlem’s Audubon Ballroom, telah dibebaskan pada tahun 1980-an lapor media-media AS.

Menjelang akhir kehidupannya Malcom X, tidak lagi bersama dengan pertubuhan itu dan selepas mengunjungi Mekah, beliau mula menggalakkan perpaduan kaum sehingga menyebabkan beliau dianggap penyokong Nation of Islam sebgai pembelot.

Beliau ditembak mati ketika hendak berucap pada 21 Februari,1965 ketika berusia 39 tahun.

Aziz dan Islam, yang sebelum itu dikenali sebagai Norman 3X Butler dan Thomas 15X Johnson, dan lelaki ketiga telah disabitkan kesalahan membunuh pada Mac 1966.

Mereka dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Lelaki ketiga, Mujahid Abdul Halim – juga dikenali sebagai Talmadge Hayer dan Thomas Hagan – mengaku menembak Malcolm X dan menjelaskan Aziz dan Islam sebenarnya tidak terlibat.

Kedua-duanya menawarkan alibi, dan tiada bukti fizikal mengaitkan mereka dengan jenayah itu.

Halim dibebaskan pada tahun 2010.

Siasatan semula yang dilakukan baru-baru ini menemui bukti yang termasuk perintah daripada bekas Pengarah FBI J. Edgar Hoover supaya saksi tidak mengenal pasti diri mereka sebagai pemberi maklumat kepada polis atau pihak pem,belaan, kata Peguam Daerah Manhattan Cyrus Vance Jr kepada mahkamah.

“Saya memohon maaf atas pelanggaran undang-undang yang tidak boleh diterima dan menjejaskan kepercayaan awam,” katanya.

Pengasas Bersama Innocence Project, Barry Scheck, salah seorang peguam bela Aziz dan Islam, berkata semakan itu juga mendapati FBI dan polis menyembunyikan bukti daripada pendakwa raya, sebagai sebahagian daripada plot untuk menghalang pergerakan hak sivil kulit hitam.

Jabatan Polis New York (NYPD) dan FBI berkata pada Rabu bahawa mereka telah bekerjasama sepenuhnya dengan penyiasatan semula. Mereka enggan mengulas lanjut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here