Rafiq sokong Mas Ermieyati calon Ketua Menteri PN

0
388

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Negeri Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menyokong sepenuhnya keputusan pucuk pimpinan parti yang menamakan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka jika perikatan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Menurut beliau, cadangan itu disokong penuh pihak beliau sekali gus memohon jentera PN bekerja keras bagi memastikan kemenangan dicapai pada hari pengundian.

“Saya menyokong cadangan pimpinan PN untuk mencalonkan Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

“Saya mohon semua jentera bekerja keras, bukan sahaja beri kemenangan kepada calon Ketua Menteri kita, tetapi kemenangan buat semua kerusi-kerusi PN di seluruh negeri Melaka,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambah beliau yang juga merupakan calon PN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, sebagai pemimpin parti di negeri berkenaan, semua pihak harus menghormati keputusan yang dibuat pucuk pimpinan.

Mengulas mengenai kenyataan media kononnya beliau membantah keputusan berkenaan, beliau berkata kenyataan itu palsu.

“Kenyataan itu palsu, saya telahpun meminta pegawai media saya keluarkan gambar yang menyatakan kenyataan tersebut palsu,” katanya.

Baca berita berkaitan: Mas Ermieyati calon Ketua Menteri Melaka PN

Semalam, teka-teki siapakah calon bakal Ketua Menteri PN terjawab apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, PN menamakan Mas Ermieyati yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Muhyiddin berkata, pemilihan Mas Ermieyati itu diputuskan sebulat suara pada mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here