Haqiem Rusli selamat bernikah dengan dua kali lafaz

0
600

DENGAN dua kali lafaz, penyanyi Haqiem Rusli selamat diijabkabulkan dengan Ain Sofea kira-kira pukul 3.40 petang bertempat di Masjid Haji Fi Sabilillh, Putrajaya.

Dalam majlis terebut penyanyi berkenaan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 berserta lima dulang hantaran berbalas lima.

“Dia amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilan dia yang menambat hati saya untuk memilikinya,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi itu.

Dalam pada itu, Anis Sofea mendedahkan hatinya terpikat dengan Haqiem kerana memiliki sifat seorang yang bertanggungjawab serta mempunyai karisma yang tinggi.

“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” ujar Anis.

Meraikan hari bahagia, pasangan tersebut memilih untuk mengadakan majlis resepsi secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta di Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis yang diberikan nama The SOFEA berinspirasikan Floral Garden persis taman di kayangan dalam rona pastel merupakan ilham dan sentuhan daripada Primadona Events atas permintaan Anis Sofea yang minat kepada fesyen dan drama Korea.

Pasangan ini menggayakan rekaan busana yang direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dan Razman Razmi bagi majlis indah ini selain kos keseluruhan berjumlah RM7 juta.

Turut meraikan detik bersejarah pasangan ini ialah jenama barang kemas tempatan bagi menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bagi kedua-dua majlis.

Haqiem turut memberikan cincin berlian Hearts Of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia kepada isterinya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here