Pelakon veteran Fetty Dzul meninggal dunia

0
296

DUNIA seni kehilangan sebutir lagi pertama apabila pelakon veteran Fetty Dzul, 63 tahun meninggal dunia di Hospital Selayang akibat jangkitan Covid-19 kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Berita tersebut disampaikan oleh anaknya, Ijat kepada pelakon Isma Aliff yang turut memaklumkan ibunya sudah menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sejak 7 November lalu.

“Innalillahiwainnailayhiraji’un. Semoga Allah SWT mengampuni arwah Mamy dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya. Amin. Terima kasih di atas semua ingatan yang ikhlas dan doa yang baik-baik terhadap arwah Mamy.

“Kami sekeluarga bagi pihak Mamy ingin memohon maaf sekiranya arwah ada salah silap sepanjang perkenalan dengan semua. Minta halalkan makan minum dan perbuatan serta tutur kata arwah Mamy Fetty Dzul. Dia sayang semua orang,” kata anaknya menerusi mesej kepada Isma Alif.

Menurut laporan, kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak malam tadi apabila buah pinggang dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seoanjang pembabitan dalam dunia seni, Allahyarham membintangi pelbagai drama dan wajahnya sering menghiasi akhbar dan majalah pada era 1970-an dan 1980-an.

Fetty turut berlakon dalam filem Boss, Pontianak Bidan Gayah dan Hantu Bungkus Lawan Pontianak.

Untuk rekod, Fetty juga merupakan antara pelakon terawal yang terbabit dengan drama kepolisan terbitan Datuk Yusof Haslam termasuklah Remang-Remang Kota Raya, Harimau Rimba dan Debu-Debu Kota sekitar tahun 1980-an.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here