Tujuh hari Zizi Kirana terlantar di hospital

0
583

BUKAN mendiamkan diri sebaliknya ‘kehilangan’ penyanyi Zizi Kirana sebelum ini disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Jelas isteri kepada pelakon Yusof Baharin ini mendedahkan yang dia mengalami masalah di bahagian perut sehingga membuatkan dia kehilangan darah. Namun keadaannya stabil dan semakin baik dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.

“Alhamdulillah saya sudah semakin baik dan dibenarkan pulang setelah tujuh hari dirawat di hospital. Sebenarnya saya ada masalah sikit di bahagian perut yang menyebabkan saya jadi kurang darah, pening dan sesak nafas.

“Sekarang stabil sikit dari semalam-semalam. Alhamdulillah keluarga semua ada datang dan ambil berat. Selama berada dalam ward ni saya dah kena tambah dua beg darah,” katanya.

Tambahnya, doktor ada menasihatinya untuk berehat daripada melakukan sebarang pekerjaan sehingga benar-benar pulih sepenuhnya.

Selain itu, penyanyi yang popular dengan Eh ini bersyukur kerana suaminya banyak membantu dia sepanjang mendapatkan rawatan di hospital.

“Yusof sejak awal lagi ada di sebelah. Mujur pihak hospital benarkan penjaga menemani. Dalam dia risau tu dia juga yang berikan semangat suruh aku jangan berhenti zikir, doa dan istighfar,” ujarnya.

Tujuh hari Zizi Kirana terlantar di hospital

Bukan mendiamkan diri sebaliknya ‘kehilangan’ penyanyi Zizi Kirana sebelum ini disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Jelas isteri kepada pelakon Yusof Baharin ini mendedahkan yang dia mengalami masalah di bahagian perut sehingga membuatkan dia kehilangan darah. Namun keadaannya stabil dan semakin baik dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.

“Alhamdulillah saya sudah semakin baik dan dibenarkan pulang setelah tujuh hari dirawat di hospital. Sebenarnya saya ada masalah sikit di bahagian perut yang menyebabkan saya jadi kurang darah, pening dan sesak nafas.

“Sekarang stabil sikit dari semalam-semalam. Alhamdulillah keluarga semua ada datang dan ambil berat. Selama berada dalam ward ni saya dah kena tambah dua beg darah,” katanya.

Tambahnya, doktor ada menasihatinya untuk berehat daripada melakukan sebarang pekerjaan sehingga benar-benar pulih sepenuhnya.

Selain itu, penyanyi yang popular dengan Eh ini bersyukur kerana suaminya banyak membantu dia sepanjang mendapatkan rawatan di hospital.

“Yusof sejak awal lagi ada di sebelah. Mujur pihak hospital benarkan penjaga menemani. Dalam dia risau tu dia juga yang berikan semangat suruh aku jangan berhenti zikir, doa dan istighfar,” ujarnya. – SB


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here