[VIDEO] Calon Ketua Menteri datang dari Bersatu – Muhyiddin

0
244

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan calon Ketua Menteri Melaka bagi gabungan itu adalah daripada Bersatu.

Menurut beliau, calon Ketua Menteri Melaka dipilih daripada Bersatu kerana parti itu memiliki calon paling ramai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berbanding calon daripada parti komponen PN yang lain.

“Calon Ketua Menteri bakal diumumkan tidak lama lagi tapi yang pastinya akan diumumkan sebelum pilihan raya dan hari pengundian.” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa Bersatu mempunyai sejumlah kerusi yang besar dan telah diberi kepercayaan oleh PAS dan Gerakan.

“Jadi, calon Ketua Menteri itu akan datang dari Bersatu, itu yang saya boleh maklumkan,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here