Nak ikan segar dan murah, datang Kuala Linggi – Aziah

0
924

CALON Perikatan Nasional (PN) daripada PAS bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Aziah Mohd. Sa’ad mempromosikan perniagaan penduduk tempatan Kuala Linggi yang menjual ikan murah dan segar di Pasar Awam Telok Gong.

Beliau yang lebih mesra disapa sebagai Cikgu Aziah berkata, lokasi peniaga yang menjual ikan yang murah dan segar itu dikongsi oleh masyarakat tempatan.

“Saya sempat juga bertanya dengan pengunjung yang datang membeli di sini.

“Rata-rata memang suka membeli disini kerana murah dan segar,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Facebook rasmi beliau.

Perkongsian Aziah sebelum itu juga menunjukkan beliau sempat membeli makanan di sebuah gerai sekitar Kuala Linggi yang menjual pelbagai jenis makanan.

“Makanan orang Kuala Linggi memang terbaik. Saya doakan perniagaan orang Kuala Linggi semua berjaya insyaAllah,” tulisnya.

Aziah bakal berdepan dengan calon daripada Barisan Nasional (BN), Rosli Abdullah, calon daripada Pakatan Harapan (PH) iaitu Julasapiyah Kassim dan calon Bebas iaitu Kamisan Palil, di N01 DUN Kuala Linggi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, pada 20 November. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here