4,343 kes baharu, terendah sejak enam bulan lalu

0
249

SEBANYAK 4,343 kes baharu COVID-19 direkodkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan ia adalah yang terendah direkodkan sejak enam bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, dengan kes baharu ini, jumlah kes keseluruhan adalah sebanyak 2,506,309 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 54 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,256 kes, daripada 2.49 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 12 daripada 54 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses yang mengambil masa bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut.

Sementara itu, terdapat 65,505 kes aktif COVID-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 51,103 individu atau 78 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 8,389 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here